Sunday, 15 May 2016

Kuliah Sesi 1

Salinan kuliah dalam group Telegram - Kangen Masters.

Ini adalah sesi pertama dari siri-siri kuliah yg akan sifu kongsikan dalam group ini. Setiap hari sifu akan bagi kuliah.

Peraturan dalam group.

1. Tidak dibenarkan membicarakan topik lain selain Kangen saja.
2. Bahasa dan tutur kata hendaklah sopan.

Niat sifu memberikan kuliah dalam group ini utk kita menyebarkan rahmat Allah SWT melalui rahmat kesihatan.

Setiap penyakit ada penawarnya dan Air Kangen dari mesin Enagic adalah antara penawar yg Allah SWT jadikan utk kita semua.

Air yg baik jika kita tidak kenal maka kita tidak guna. Oleh itu sifu akan cuba sedaya upaya memberikan maklumat yg sebaiknya utk anda faham apa itu air kangen dan manfaatnya.


Air Kangen adalah nama yg diberikan kepada air yg diproses dari mesin Enagic.
Kangen bermakna balik kepada keadaan asal atau fitrah.
Ia adalah bahasa Jepun bukan bahasa Indonesia.
Kalau Indonesia maknanya RINDU.
Sebutan KANGEN hendaklah disebut dengan bunyi KANGGENG.
Itu cara sebutan yg betul dalam bahasa Jepun.
Kuliah ini satu jam. Soalan boleh tanya pd 12.00 tengah hari dihujung kuliah.
Mesin Enagic adalah mesin ionizer.





Mesin Enagic bukan mesin penapis. Walaupun menapis itu adalah satu fungsi dari banyak fungsinya.
Ionizer adalah mesin yg menggunakan konsep ELEKTROLISIS.
Bahasa melayu kita guna nama "mesin pengion"
Dalam proses elektrolisis, mesin akan menyalurkan elekron dan menarik elekron daripada air yg diproses.
Cara memberi dan menarik elektron ini adalah dengan menggunakan kepingan logam yg tahan elektrik, tahan panas, tahan karat.
Hanya 2 logam saja yg sesuai utk proses ini. Iaitu logam titanium dan logam platinum. Kedua-duanya lebih mahal daripada emas.
Kepingan logam ini dibuat daripada titanium dan disalut dgn platinum dgn tahap kualiti yg tinggi.
Bahasa inggeris kita panggil plate.

Plate ini ada yg berstatus MEDICAL GRADE dan ada yg tidak.
Apa beza medical dan tidak medical.

Air Kangen mempunyai 3 sifat yg utama.




Anti-oksida adalah yg paling penting.
Sifat kedua ialah alkali berion.

Alkali berion tidak sama dengan alkali atas mineral.
Air boleh beralkali bila campur mineral yg beralkali tetapi jika tidak dionkan ia tidak mengandungi anti-oksida.

Contoh kalau kita ambil baking powder masukkan dalam air. maka air itu beralkali. tetapi air itu tidak mengandungi anti-oksida.

Air kangen mengandungi mineral juga tetapi yg lebih utama adalah anti-oksidanya. Alkali yg dihasilkan adalah daripada proses pengionan bukan masukkan mineral.

Sifat ketiga ialah mirco-clustered hexagonal.
Bila air paip yg dibuang klorin dan kuman di ionkan maka strukturnya akan menjadi halus sebanyak 3 kali lebih halus daripada air paip. Air kangen adalah 3 kali lebih halus daripada air paip. Ini penting utk hidrasi dan juga pembuangan toksik. Kepantasan pergerakkan darah, oksigen, toksik, nutrient, karbon dioksida dalam tubuh kita adalah lebih laju daripada biasa. Sifat ini juga membenarkan oksigen diserap banyak ke dalam darah semasa proses pengoksigenan darah didalam paru-paru. Sebab itu kita akan lebih bertenaga disebabkan oksigen meningkat.




Anti-oksida adalah ciri yg paling penting kerana beberapa sebab.
Anti-oksida adalah elektron donor.
Pemberi sedekah elektron pd sel-sel tubuh kita yg kehilangan elektron.
Penyakit-penyakit moden seperti barah, jantung, diabitis, darah tinggi, gaut, buah pinggang dan sebagainya disebabkan oleh kandungan FREE RADICALS yg tinggi dalam badan.
Apa dia free radicals? Bahasa melayu panggil yg sama radikal bebas.
Radikal bebas adalah molekul yg kehilangan elektron.
Bila ia kehilangan elektron maka sel tersebut akan jadi VAMPIRE ... kerana ia akan sedaya upaya mencuri elektron jiran-jiranya untuk menstabilkan dirinya. Dan jika kuantiti vampire ini banyak maka akan jadilah fenomena penyakit moden tersebut. Cara menstabilkan nya ialah dengan mewujudkan anti-oksida yg bertindak menstabilkan free radikal melalui derma elektron yg mereka ada spare.





Seluruh buah didunia ini tidak akan mengalahkan air kangen .
Air Kangen adalah raja anti-oksida.
Segelas Air Kangen bersamaan dgn 16 gelas teh hijau 
atau 1 kg blue berries atau 5 kg sayur brokoli

Ini tahap kandungan.

Tahap penyerapan juga berbeza. Anti-oksida dalam Air Kangen lebih cepat dan senang diserap oleh sel-sel tubuh berbanding anti-oskida dalam buah-buahan dan sayuran.

Ini disebabkan anti-oksida dalam air kangen dalam bentuk gas yg halus sedangkan anti-oksida dalam buah dan sayuran berbentuk pejal yg harus dicernakan dulu oleh perut.

Sebab itu keberkesanan anti-oksida adalah sangat tinggi. Oleh kerana ia halus maka ia mesti diminum secara fresh dari mesin jika hendak mendapat kandungan anti-oksida yg tinggi.

Dalam beberapa minit ia akan menurun jika tidak diminum. Dalam tempoh 12 jam ia akan hilang semuanya jika diletak dalam cawan.

Jika ditutup ia masih boleh bertahan 2 hari tetapi dalam tahap yg rendah.
Anti-oksida dalam air kangen mencecah -400 mili Volt ke - 800 mili Volt.
Tahap ini adalah membezakan pengion yg medical dan bukan medical.

Jika tenaga elektrik tidak tinggi maka anti-oskida tidak banyak. Banyak pengion yg bukan berstatus medical tidak dapat menggunakan tenaga elektrik yg tinggi kerana kualiti logam yg digunakan adalah kualiti rendah dan murah.

Sebab itu sifu mempromosikan mesin enagic yg berstatus medical device.



Perhatikan dua plate diatas.
Yg sebelah kiri adalah plate enagic dan sebelah kanan adalah plate Jupiter.
Plate sebelah kanan tidak mampu menerima elektrik yg tinggi kerana metalnya yg sedikit.





Baca statement Dr Robert C Wright diatas.
Dia adalah pengasas kepada American Anti-Cancer Institute.
Dia telah mencuba pelbagai mesin ionizer didunia samda dari korea, america dan sebagainya. Dia dapati tidak ada satu mesinpun yg menghasilkan air berion yg bertaraf medical.
Dia dapati air kangen boleh merawat penyakit sedangkan air berion yg lain tidak mampu merawat penyakit. Ini disebabkan kandungan anti-oksida dalam air berion tidak sama antara mesin enagic dan bukan mesin enagic.

Beliau menulis buku Killing Cancer Not People dan satu chapter khas untuk air kangen. Beliau merawat pesakit kanser dgn air kangen.




Begitu juga Dr Hiromi Shinya menggunakan Air Kangen utk merawat ribuan pesakitnya.
Tidak ada pesakitnya yg mendapat kanser semula setelah dirawat oleh Dr Hiromi dgn air kangen dan diet khasnya.
Kita dah sampai hujung sesi. Jika ada soalan boleh tanya sifu. Soalan hanya berkaitan kangen saja.

No comments:

Post a Comment